Genius aulad


Followers

Monday, January 1, 2018

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Teringat dulu masa husband kene demam denggi masak Sup Ketam Nipah. Sedap sungguh bila masak ketam, tak kira la menu masakan apa sekali pun. Tapi kalau nak lebih menyelerakan ketam buat masak cili api. Perrggh..sedap betul.   

Tapi kali ni bukan Ketam Nipah..banyak bintik-bintik. Rasanya Ketam Bunga la kot..hehe... Urrmm..sedap, jom tengok cara simple untuk Masak Lemak Cili Api Ketam!




Bahan-Bahan:
  • 3 ekor ketam segar 
  • 1 batang serai, dititik 
  • 1 helai daun kunyit, carikkan 
  • 2 cawan santan pekat 
  • 1 keping asam gelugor Bahan untuk kisar halus: 
  • 5 biji cili api 
  • 2 biji cili merah 
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 3 biji bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 
  • Secubit belacan 

Cara Penyediaan: 
  1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  2. Kisar cili padi dan kunyit bersama sedikit santan sehingga halus. Satukan semua bahan kisar bersama santan dan masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau. Kemudian masukkan ketam. 
  3. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat. 
  4. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  5. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Selamat mencuba!!


No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...