Genius aulad


Followers

Friday, January 5, 2018

Best Ever Holiday! Bercuti ke Lost Wold of Tambun

Baru berkesampatan nak upload photo masa bercuti ke Lost Wold of Tambun. Ya Allah..This is very joyful trip setakat ni, bawa anak-anak. Dorang happy sangat. Pasal tiket masuk dah lupa, korang boleh la google untuk yang up to date info. Tapi serius agak mahal la...rasa hangin jugak kalau tiket mahal-mahal tapi tak best kan..By the way rasa berbaloi la mahal pun sebab memang best you all.. tak rugi pun sebab memang anak-anak enjoy habis..

Mula-mula pilih nak datang sini ada survey jugak, rata-rata semua bagi feedback yang memuaskan. So, that why decide untuk bawa anak bercuti kali ni ke sini. 



Korang kalau nak ke sini baik ceduk info banyak-banyak dulu tau..sebab nanti tak de la macam rusa masuk kampung bila ke sini. Ok, Lost World Of Tambun ni terletak di Ipoh, Perak. Tempat ni sangat luas, dan kalau nak pergi better pergi pagi-pagi lagi tau. Kawasan dia ada theme park, beach, dan zoo. Haa....mana tak menarik kat sini kalau nak bawak anak-anak memang sesuai sangat la. Anak-anak boleh main dan explore sampai penat tau dorang. 




Hasil godek-godek info, kiteorang bertolak pagi lagi, dan sampai tunggu kat kaunter tiket ni buka tau..semangat betul..ahakkss..Sebab our plan, blah pagi boleh bawa anak-anak pusing sekitar zoo dulu tengok haiwan-haiwan, then lepas tu main kat theme park, lepas tu baru mandi manda kat beach. Yela, kalau korang mandi kat beach dulu dah basah kuyup nanti tak selesa la nak ronda-ronda kawasan lain kat dalam tu.

Awal-awal masuk kiteorang dah dapat map besar tau...Haaa...korang boleh bentangkan maps tu dan tengok kawasan-kawasan yang patut korang pergi dulu. Wajib pergi semua, rugi masuk tapi tak habis ronda-ronda dalam tu kan...




Bab makanan luar memang tak boleh bawak masuk, dorang strictly not allowed. Susu anak je lepas, sebab alasan Ayesha minum susukan. Haiihh...terpaksa la beli makanan kat dalam tu..Boleh tahan la mahal weeiiy....

Time ni Ayesha baru berumur 1 tahun setengah. Ya Allah dia punya lasak wey.....rasa berbaloi bawak dia ke sini walaupun dia kecik lagi..suka sangat main ini. huhuhu..Kat dalam tu belikan pelampung baby yang grip badan dia. Pelampung ni la yang bawa dia sampai ke tengah-tengah pantai dan kolam yang  dalam. Tak takut langsung. Ikut keberanian sape la Ayesha ni...haha...






Semua mandi tak ingat sampai sejuk menggigil. Nasib kat sini ada kolam air panas. Bila korang dan mandi-manda kat pantai tu, boleh la masuk ke dalam kolam ni pulak, huuuhhhh.....sedapnya air suam-suam gitu (suhu badan) untuk menghilangkan rasa sejuk tu. Yang paling best jugak, tempat makan pun ada dalam kolam ni. Perggghh...seronok, penat main, boleh makan-makan pulak.




Abangnya pun tak kurang seronok kemain. Hah...tu Afif..main macam tak ingat nak balik..huhu





Ha...nampak tak wajah-wajah kegembiraan kami semua tu. Okey la puas hati...Seronok sakan enjoy semua. Just for our memorial...best holiday ever..muuachhkk..:*)


















































No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...