Now, part untuk berhenti makan-makan! Ianya seolah-olah sebagai reward kepada kami setelah penat bercuti dan jalan-jalan di Penang ni. Ini merupakan kali kedua kami singgah makan di Warung Pak Su, Juru.
Kat mana warung ni?? Lokasi Warung Pak Su ialah di 385, MK12, Bagan Nyir Juru, SPT, 14000 Bukit Mertajam, Penang. Tak susah pun nak cari, google je terus boleh dapat. Walaubagaimanapun, nasib la husband masih ingat lagi jalan untuk ke sini.
Kalau sebelum ni tak berkesempatan untuk merasai mee ketam kerana habis, kali ni kami ke sini lagi untuk mencubanya. Alhamdulillah rezeki kami nak makan mee ketam kali ni ada.
Harga sepinggan mee ketam ni kalau tak salah RM15-RM18 sepinggan bergantung pada saiz ketam yang dimasak. Kata husband, memang sekarang harga mee ketam dah mahal sket berbanding dahulu. Tak mengapa lah, kami pun jarang-jarang datang, mahal pun nak buat camner..pejam mata aje la..:)
Kalau nak datang sini kene prepare masa betul-betul, sebab kalau datang lewat nanti masakan ketam habis. Waktu operasi Warung Pak Su ni adalah dibuka pada setiap hari kecuali hari Khamis bermula jam 12:00 tengah hari sehingga 10:30 malam.
Rasa ketam yang dimasak betul-betul sedap. Isi ketam manis dan segar. Husband Ida pulak laju je habiskan sepinggan. Sedap katanya..:P