Mula-mula Ida yang demam. Lepas tu Afif. Nasib baik tak berjangkit kat papanya pulak. Time demam-demam cam ni, dah tak de selera makan.
Tekak ni terliur plak nak makan bubur nasi ayam. Sedap juga time demam-demam ni makan bubur. Bubur ni, bubur ayam ala-ala kat McD tu. Cuma yang kat McD tu tak de ikan bilis goreng dan lada yang digunakan kalau tak salah lada benggala. Afif suka makan bubur ayam kat situ. Jom masak bubur...
Bahan-bahan:
- 1 1/2 cawan beras
- 1 inci halia (dihiris halus)
- Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam
- Sedikit isi ayam (dipotong-potong kecil)
- Air secukupnya
- 1 biji lada merah
- Sedikit daun bawang dan daun sup (hiris)
- Bawang goreng
- Ikan bilis goreng
- Sedikit minyak bijan
Cara-cara:
- Masukkan air untuk rebus ayam sehingga empuk. Pastikan air rebusannya banyak untuk masak nasi, dan untuk 'kuah' bubur. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam.
- Basuh beras sehingga bersih dan masukkan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takot nasi kembang dan kering.
- Semasa memasak nasi, kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.
- Selepas bubur dah masak, masukkan halia, serbuk perasa dan garam.
- Masukkan hirisan isi ayam ke dalam bubur.
- Siap. Hidangkan bersama hirisan lada merah, bawang goreng, ikan bilis goreng dan daun bawang/sup serta masukkan beberapa titik minyak bijan.
Selamat mencuba=)
Sedikit tips:
* 1 1/2 cawan beras ni dapat 1 periuk (banyak tu...). Bagi yang nak cuba masak sedikit dahulu boleh la masak dalam 1/2 - 1 cawan sahaja.
* Rendamkan beras dengan air terlebih dahulu (dalam 30 min-1jam), selepas itu tumbuk sedikit (separa hancur) supaya beras cepat empuk, cepat lembik dan dapat tekstur bubur yang halus sedikit.
terima kasih..insyaAllah nnti singgah
ReplyDeleteNk try ni,mst sdp.
ReplyDeleteNak buat jugak lah...
ReplyDeletenak try gak..
ReplyDeletebuat sendiri lg sedap. xyah la contribute duit kt zionis laknatullah
ReplyDeletecam sedap aje.anak saya pon demam.time bulan-ulan puase nie..lagi 5 nak raya nie...macam mane lah..
ReplyDeleteJom jalan-jalan cari makan! :D
ReplyDeleteSedapnye.. sesekali pekena bubur McD sedap juga ni..
ReplyDeleteSedap ngat ye....kalau mkn time hujan2 ni memang best...
ReplyDeletewww.eitaariflegacy.blogsport.com. .
http://www.eitaariflegacy.blogspot.com/2014/12/blog-eny-abdullah.html#comment-form
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMenu favourite anak-anak saya..Selalu masak nasi x guna air rebusan ayam, skang dah dapat resepi baru, esok kita cuba. Tq Ida Yuni...Salam perkenalan juga buat awk :)
ReplyDeleteNak masak bubur ni juga, letak minyak bijan ya
ReplyDeleteTq sharing
http://www.elnaomie.net
nak buat jugak la..tq for sharing..
ReplyDeletesedapppppp
ReplyDeleteSedapnya sis
ReplyDeleteNak resepi yee n tq
ReplyDeletenampak sedap dan simple.. boleh buat utk anak2 time xsihat.. kalau free... boleh ler singgah di sini http://mirabechok.blogspot.my/
ReplyDelete