Hari ke-9, pagi hari Jumaat; adik dan mama pagi-pagi lagi dah bersiap kerana ada majlis cukur jambul. Orang kampung yang dijemput pun dah sampai seawal 7:00 pagi lagi, masing-masing menunggu tok iman yang belum sampai. Tok nek plak dah ready sediakan menu nasi dagang setelah bertungkus lumus memasak dari semalam lagi.
Setibanya tok iman, majlis dimulakan. Tak sempat nak snap gambar time cukur jambul ni, maklum la, mama masih dalam pantang, tak boleh nak banyak bergerak ke sana ke mari sangat. Adik dah didukong oleh papa. Tok imam dah mula dengan bacaan doa dan yang sepatutnya. Sambil bacaan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. rambut adik digunting sedikit.
Kalau kat Kelantan, majlis cukur jambul sememangnya sinonim dengan 'belah mulut' iaitu bagi bayi rasa manis, masam, masin. 7 jenis makanan iaitu buah kurma, gula batu, buah kismis, air zam-zam, garam, asam keping, dah disediakan untuk tok imam 'belah mulut' ni.
Selepas cukur jambul, rambut adik nanti kene cukur habis senang cerita bagi botak...hehe..Then, rambut bayi yang dicukur hendaklah di kumpulkan untuk ditimbang dan ditukar dengan nilaian harga emas atau perak untuk di sedekahkan kepada fakir miskin atau orang yang layak. Semua ni bukan lah wajib pun, tapi kita cuma mengikut kebisaan orang-orang selalu buat.
Dalam majlis cukur jambul ni jugak lah kita menamakan bayi kita. So, nama adik ialah Nur Ayesha Khayra, walaupun sebenarnya nama adik sememangnya dah siap pun register kat pejabat pendaftaran...heeee..
So, ini lah rambut adik sebelum dicukur...bewarna hitam dan agak lebat jugak kan.