Mata adalah anugerah yang amat berharga kurniaan Allah S.W.T. Tanpa anugerah ini kita tidak dapat menikmati keindahan ciptaan-Nya malah mungkin tidak dapat hidup secara normal seperti orang lain.
Subhanallah besar sungguh nikmat yang telah dikurniakan ke atas hambanya. Beruntunglah orang yang memiliki mata yang bukan sekadar cantik tetapi sihat dan tidak rabun.
Rabun
Sebut mengenai rabun, tidak kira samada rabun jauh atau rabun dekat, kedua-duanya adalah masalah kepada penlihatan. Dari zaman belajar di univesiti Ida mula memakai cermin mata, kerana mata kurang nampak bila objek jauh.
Kalau bukan kerana terpaksa pakai, tak ingin jugak nak pakai. Tapi selepas mula pakai, power mata ni makin naik la pulak. Then, sekarang memang kene bercermin mata memandangkan dengan alat bantuan ini sahajalah yang membantu melihat dengan jelas. Kalau tak, memang terkapai-kapai dibuatnya..hehe..
Sebenarnya rabun bukan sejenis kecacatan. Bagi rabun jauh, sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal. Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun. Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus pada kedudukan di depan retina.