Salam Kemerdekaan Malaysia kali ke-61 buat semua. Saya juga tidak terlepas untuk menyertai dan melihat sendiri sambutan hari kemerdekaan yang disambut di Genius Aulad Kubang Kerian pada tahun ini.
Tertarik dengan sambutan hari kemerdekaan yang diraikan. Di Genius Aulad sentiasa ada akiviti yang melibatkan ibubapa bersama anak-anak menyertai aktiviti di sekolah yang dikenali sebagai (Students Parents Aktivities - SPA). Oleh itu, sambutan pada kali ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak tetapi melibatkan ibubapa juga.
Begitu menarik sekali kerana ibubapa juga turut meluangkan masa, memberi sumbangan dan mangambil bahagian dalam acara yang disediakan. Laungan kemerdekaan serta nyanyian lagu patriotik turut menjadi sebahagian acara pada sambutan hari kemerdekaan pada kali ini.
Bersempena hari sambutan kemerdekaan pada tahun ini yang bertemakan "Sayangi Malaysiaku", Genius Aulad Kubang Kerian mengambil inisiatif untuk menerapkan perasaan cintakan negara dengan memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisional pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Kuih Bulan, Tosai, dan sebagainya.