Genius aulad


Followers

Thursday, August 2, 2018

Resepi Telur Puyuh Masak Merah

Hidangan mudah dan simple untuk telur puyuh iaitu telur puyuh masak merah atau husband selalu panggil sambal telur puyuh. 


Semestinya kalau masakan yang bertumis-tumis ni menjadi kegemaran. Resepi mudah dan cepat hasil anak-anak yang tolong. Seronok dorang nak tolong mama masak.. =) 


Jom layan resepi masak merah telur puyuh ni...

Bahan-bahan:
  • 20 Biji Telur Puyuh (rebus dan kupas kulitnya)
  • 1 sudu kecil Jus Asam Jawa 
  • 5 sudu besar Cili Kisar 
  • 1 biji Bawang Besar (dihiris)
  • Garam dan Gula (secukup rasa)

Bahan-bahan kisar:

  • 4 ulas Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci belacan

Cara-cara:
  1. Telur puyuh yang telah direbus tadi digoreng hingga kuning sedikit, angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga naik wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak, guna api sederhana dan kacau sentiasa.
  3. Masukkan air asam jawa dan tambah garam dan gula secukup rasa. Jika suka boleh masukkan serbuk perasa sikit. Masak hingga pekat. 
  4. Tambah bawang besar dan telur puyuh yang sudah digoreng. Gaul rata, biar hingga bawang layu. Rasa dan jika rasanya ok bolehlah padamkan api & hidang.
  5. Selamat mencuba =)



No comments:

Post a Comment

NOTE:

Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen. Harap apajua kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Happy reading, happy blogging!! Terima kasih...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...