Genius aulad


Followers

Wednesday, January 29, 2014

Cara Menggalakkan Anak Makan Buah dan Sayur

Sebagaimana yang kita tahu, buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi selain dari vitamin dan mineral yang berbeza. Serat amat penting sebagai pelawas untuk mengelakkan sembelit terutamanya kanak-kanak. 

Buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk perkembangan dan pembesaran anak kita.

Walaupun buah-buahan dan sayuran merupakan component yang kecil dalam pemakanan seharian kita, tetapi ia memainkan peranan yang besar dalam mengekalkan kesihatan. Tapi, cabaran anak tidak suka makan buah dan sayur merupakan masalah yang sering dialami oleh ibu bapa. 

Di sini terdapat beberapa cara atau tips yang boleh kita amalkan untuk menggalakkan anak makan buah terutamanya. 


Monday, January 27, 2014

Resepi Bubur Nasi Ayam ala McD

Mula-mula Ida yang demam. Lepas tu Afif. Nasib baik tak berjangkit kat papanya pulak. Time demam-demam cam ni, dah tak de selera makan. 


Tekak ni terliur plak nak makan bubur nasi ayam. Sedap juga time demam-demam ni makan bubur. Bubur ni, bubur ayam ala-ala kat McD tu. Cuma yang kat McD tu tak de ikan bilis goreng dan lada yang digunakan kalau tak salah lada benggala. Afif suka makan bubur ayam kat situ. Jom masak bubur...

Bila Saya Demam - Afif

Alahai...kesian anak mama ni. Camni la dia bila demam. Time ni dah bawak pergi klinik. Kalau dia deman mesti lambat sembuh..Kene gunakan 'coolfever' ni sebab suhu badan dah panas. 


Sebelum ni risau jugak suhu badan dia naik mendadak. Kalau dia dah demam macam ni, bertambah manja la dia. Asyik nak beriba, nak buat kerja pun susah... Tak pe la, janji anak mama sihat lepas ni...

Resepi Ayam Panggang Lemon (Lemon Roasted Chicken)

Sedapnya..roasted chicken....Roasted chicken ni selalu juga makan time makan nasi ayam. Tapi ayam panggang kali ni lain sket, sebabnya rasa dan bau dia macam lemon sedikit. 


Saja nak cuba menu baru..hehe...Okey, jom tengok resepi ayam panggang lemon ni. 

GRAND OPENING GIVEAWAY





Klik banner untuk join..

Heavy Lunch Chicken Chop + Nasi Goreng

Haduii...Gara-gara nak memenuhi cita rasa adik-adik Ida yang nak makan chicken chop. So, Ida pun buatkan la untuk makan tengah hari kiteorang, chicken chop, nasi goreng simple, whipped potato, coslow, kentang goreng, serta sayur-sayuran segar. 

Ade lagi tak, ade lagi tak? Dah..semua tu dah cukup banyak untuk buatkan perut ni kenyang tak larat..haisssh..

Sunday, January 26, 2014

Gambar Kenduri Firdaus dan Fatin

Dah lama nak update gambar ni untuk pengantin F & F (Firdaus dan Fatin). Tapi asyik terbengkalai je kat draf tu. Sebab tak de masa nak update.hehe....Tak pe la, anyway..Tahniah untuk pengantin, semoga bahagia hendaknya. 

Firdaus dan Fatin, kedua-duanya ofismate husband. Kami sempat pergi ke kenduri mereka di Perak tempoh hari.  Meriah sungguh kenduri mereka.

Saturday, January 25, 2014

Bercuti ke Bukit Tinggi (Berjaya Hills) : Tempat Menarik dan Aktiviti

Masih belum habis lagi trip percutian kami kali ni. Sejurus sahaja kami dari Temerloh, kami ke Bukit Tinggi, Pahang yang tidak beberapa jauh dari KL ni. Selain dapat menikmati udaranya yang sejuk dan nyaman boleh juga menikmati keindahan tempat peranginan yang sering mendapat tempat di kalangan pelancong serta penduduk setempat. 


Friday, January 24, 2014

Makan Bersama di Domino's Pizza, Temerloh

Domino's Pizza di Temerloh baru sahaja beroperasi. So, kiteorang decided untuk ke sini memandangkan Ida dan husband pun belum pernah merasa Domino's Pizza. Nampaknya ramai orang yang sedang beratur dan tidak kurang juga yang sedang menunggu di meja masing-masing. Meja pun kebanyakan sudah penuh. "Baru buka, mesti ramai yang tak sabar nak merasa Domino's Pizza kat sini", kata kawan Ida.


1st time makan kat Domino's Pizza. Bab-bab menu kat sini Ida memang failed. Sebelum ni pernah ke Pizza Hut je. Itu pun, sebab kat Pizza Hut complete service, main tunjuk-tunjuk je. Kat Domino's Pizza ni berbeza sikit sebab kat sini self service macam kat McD or KFC jugak. Order makanan kat kaunter, tunggu siap, pergi pick up order dan duduk makan di mana-mana tempat yang kosong.  Nasib la kawan Ida dah biasa, so dorang yang uruskan semua.hehe...

Penangan Ikan Patin Masak Tempoyak, Temerloh

Ikan patin masak tempoyak ni salah satu menu yang sangat popular di Temerloh. Rasanya tidak lengkap jika ke sini kalau tidak menikmati Ikan Patin Masak Tempoyak ni. 

Sebagaimana yang dijanjikan Ida sekeluarga dan kawan-kawan ke Gerai Makan Pak Usop yang terletak antara deretan kedai-kedai makan di Temerloh ni. Sebelum ni, selalu jugak mendengar suara-suara dan luahan-luahan dari orang lain yang mengatakan patin tempoyak di sini sedap. So, kali ni kiteorang tak nak melepaskan peluang untuk mencuba dan merasa sendiri ikan patin masak tempoyak di sini.


Thursday, January 23, 2014

Berkunjung ke Deerland, Lanchang, Pahang

Selepas melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, kami meneruskan aktiviti percutian kami ke Deerland di Lanchang, Pahang. Berkunjung ke Deerland juga merupakan salah satu tempat wajib pergi bila ke Kuala Gandah kerana ianya terletak tidak jauh dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. 


Melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Antara aktiviti menarik bila ke Temerloh ialah 'tengok' gajah di Kuala Gandah. So, aktiviti kami dipagi hari selepas bersarapan dimulakan dengan aktiviti melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, di Kuala Gandah. 

Untuk pengetahuan semua, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan merupakan tempat pemulihan gajah yang memainkan peranan untuk menangkap dan memindahkan gajah dari habitatnya yang diterokai. Ianya sekali gus memelihara dan menempatkan gajah-gajah yang terancam sebelum ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. 

Wednesday, January 22, 2014

Patin Tomyam di Rizki Tomyam, Temerloh

Ke Temerloh plak kite kali ni yer. Huuhhh...tak sabar nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak! Kata kawan Ida, malam-malam ni mana ada ikan patin masak tempoyak.hehe...tengah hari esok baru ada.hehe....Setibanya Ida di rumah kawan, kami bersiap-siap untuk keluar makan malam. Kami dibawa ke Restauran Rizki Tomyam, Temerloh. 

Di Temerloh ni, memang popular dengan ikan patin. Jadi, menu kami kali ni juga adalah ikan patin iaitu patin tomyam. Patin tomyam?? Wah...Ida memang tak pernah makan lagi ikan patin yang dimasak tomyam ni. Teruja nak cuba! So, Patin tomyam menu utama kami di samping menu lain seperti telur bistik, kailam ikan masin dan sambal belacan serta nasi putih. 

Patin Tomyam

Buah Tangan Untuk dan Dari Orang Termerloh ^_^

Al-kisahnya tentang Pavlova lagi. Kali ni special surprise untuk kawan baik Ida di Pahang. Orang Pahang ke?? Tak la...Kawan sejak dari sekolah lagi. Seorang guru mengajar kat Temerloh, seorang lagi lecture mengajar kat Kuantan dan Ida pulak mengajar jugak ni, tapi mengajar kat rumah je, a.k.a suri rumah.hehe...

Sebenarnya dah lama kiteorang tak jumpa. So, this time kiteorang planning nak jumpa kat Temerloh. Boleh la menginap rumah kawan yang tinggal kat rumah guru, di Temerloh selama 3 hari 2 malam. Sambil-sambil tu, boleh jugak jalan-jalan di Temerloh. Husband Ida memang suka kalau bab-bab nak pergi bercuti ni.hehe...Sebut je, pasal bercuti, 'ok' je jawapannya;p

Tuesday, January 21, 2014

Resepi Mudah: Pak Choy Masak Sos Tiram

Terdapat pelbagai cara dalam penyediaan menu sayur, terutamanya Pak Choy. Salah satu hidangan yang ringkas dan mudah disediakan ialah Pak Choy Masak Tiram ni. Cara penyediaan masakan ini adalah sangat simple, tetapi sedap serta menjamin khasiat sayur maximun diperolehi.


Kek dan Dessert untuk Tetamu

Tetamu yang Ida maksudkan ialah tetamu dari jauh. Hah? Sape? Sape? hehe.... Sanak saudara la, sepupu sekeluarga yang duk kat Subang dan mak saudara sekeluarga dari Kelantan. Jauh tu..:) Dorang datang jalan-jalan umah Ida. 

Gembira pulak bila sanak saudara cakap nak datang ke teratak buruk Ida yang tak seberapa ni kan. Ida memang excited bila dorang call cakap nak datang jalan-jalan kat KL ni. Ida cakap datang la, bila-bila pun boleh. Nak request nak makan apa pun boleh. So, katanya nak makan kek yang Ida buat. Terliur dengan kek-kek Ida yang sebelum ni. hehe... Benda kecik je tu.:) 

Berkelah di Air Terjun, Ulu Yam

Salah satu aktiviti riadah kami sewaktu musim cuti sekolah yang lepas ialah pergi berkelah di kawasan air terjun, Ulu Yam yang terletak di Hulu Selangor. Sekali sekala dapat merasa udaranya yang nyaman dan sejuk boleh juga bermandi-manda dan bersantai-santai sambil melihat keindahan alam semulajadi cipta-Nya. Subhanallah...cantik sungguh ciptaan Yang Maha Esa. 


Sunday, January 19, 2014

Makan di Restoran Ayam Penyet - Ap

Pilihan tempat makan pada kali ni ialah Restoran Ayam Penyet di Sri Gombak. Selalunya Ida dan suami memang susah nak pilih tempat makan. Kalau nak pergi makan masing-masing bertanyakan soalan yang sama, "nak makan kat mana??" dan jawapannya yang selalu keluar ialah, "entah la, tak tahu...". hehehe..Sebabnya dah rasa boring asyik makan kat kedai yang sama, tapi nak makan kat tempat lain tak tahu la pulak.hehe...

Percaya tak this is our fist time kiteorang makan kat sini, sebab bila kiteorang dengar je ayam penyet, rasa cam muak la pulak, sebab selalu makan nasi ayam. So, dalam duk pening-pening nak makan kat mana tu, kiteorang memilih untuk ke restoran ayam penyet ni lah. Ternyata sangkaan kami meleset.hehe...Boleh tahan jugak la makan kat sini. 


So, untuk pengetahuan semua ayam penyet ni adalah masakan tradisional Indonesia yang asalnya dari Surabaya. Hidangan ayam gorengnya diperap dengan pelbagai rempah dan herba yang menjadikan rasa ayam tu sedap. 

Restoran ni menyajikan sajian utamanya ayam penyet rangup, dilengkapkan dengan tauhu goreng dan tempe, bersama kangkong rebus, kubis segar, sambal belacan yang tersendiri di samping hidangan-hidangan lain yang popular di Indonesia.

Segmen Lucky Follower by Cik Akie



Klik Banner untuk Join.

Jom join. Segmen ni berlangsung selama 24 jam sahaja.

Hadiah for the lucky one : 
1. Top-up RM10 x2
2. Top-up RM5 x6

Saturday, January 18, 2014

Sotong Goreng Tepung Di Pantai Penarik, Setiu

Di Pantai Penarik ni memang terkenal dengan sotong goreng tepung dan ikan goreng tepung selain dari popular dengan keropok lekor yang memang famous kat Terengganu. Nak-nak makan sambil meneguk air kelapa yang segar sambil menikmati angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa tu..hehe..

Bila Terlalu Mengantuk - Afif

Alahai kesian anak mama sorang ni. Mengantuk sangat. Time ni dalam area pukul 9.00 p.m. kot, kat klinik untuk check up Ida demam hari tu. 

Ini la telatah si anak bujang Ida sorang ni sewaktu menunggu giliran untuk masuk jumpa doktor. Dah nampak mukanya macam boring menunggu. Tapi, tak sangka pulak sampai nak tidur kat sini.hehe..

Kalau kat rumah time-time gini bukan dia tidur pun lagi. Selalunya pukul 11.00 p.m. baru tidur, haram nak suh dia tidur awal.

Friday, January 17, 2014

1st Anniversary Giveaway by Janahazana.blogspot.com



Bermula 15 Januari 2014 hingga 31 Januari 2014

5 peserta bertuah akan memenangi hadiah
 bernilai RM450
+
Buku mini
+
Tasbih digital


Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2014 jam 12 tengah malam
Pemenang akan diberitahu pada 3 Februari 2014
Pemenang dipilih berdasarkan random.org

Giveaway dari umielman.blogspot.com



Hadiah bagi pemenang Giveaway ni bernilai RM50.


Melawat ke Zoo Negara: Aktiviti dan Tips

Akhirnya tercapai jugak hasrat nak bawak adik-adik Ida ke Zoo Negara pada cuti sekolah sebelum ni. Zoo Negara terletak berhampiran Taman Melawati (utara-timur Kuala Lumpur). Walau pun rumah Ida dengan zoo ni dekat je, tapi sebelum ni kami tak berkesempatan nak bawak dorang ke sini. Maklum la, Afif kecil lagi sebelum ni. 


Sebut sahaja zoo negara apa lagi...tengok binatang la kan...hehe.. Banyak haiwan yang terdapat di zoo ni, iaitu lebih 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. (sumber: Web Zoo Negara Malaysia)

Thursday, January 16, 2014

Mee Udang, Kuala Sepetang...Best!!

Mee udang Kuala Sepetang memang popular di kalangan penjejak-penjejak tempak makan. Sebut sahaja mee udang di Kuala Sepetang, Perak, semestinya ramai yang sudah ada dalam kotak fikiran mereka sama ada Mee Udang Mak Jah atau Mee Udang Mak Teh. Kedua-duanya popular terutama bagi penggemar mee udang khususnya. 

Saya Nak RM300 Angpow Daripada Nile.com.my


http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

Wah...menarik!! Sempena CNY ni, nile.com.my mengadakan giveaway yang menawarkan cabutan bertuah yang berupa hadiah wang tunai atau angpau sebanyak RM1000 (RM300x2 dan RM100x4). Untuk pengetahuan semua nile.com.my adalah sebuah online shop, boleh klik kat sini. http://www.nile.com.my/page.php?cd=76

Sekiranya bertuah dapat angpow dari GA nile.com.my ni, Ida akan gunakan untuk membeli hadiah birthday 5 Feb nanti. Ida juga nak buat kek birthday sendiri. Dengan hadiah wang tunai ni boleh la gunakan untuk membeli bahan-bahan membuat birthday kek tu nanti dan selebihnya mungkin boleh digunakan untuk shopping barang-barang di nile.com.my! Apapun wishing happy CNY to all and happy holiday.. =)


Wednesday, January 15, 2014

1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah

Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

Tuesday, January 14, 2014

Giveaway January by fifiyfitrianiee

Salam..Hai..Jom ramai-ramai join GA ni. GA ni 5 hari je. So...cepat-cepat join=)
Create your own banner at mybannermaker.com!
Nak join boleh klik pada banner.


Giveaway ni selama 5 hari je k. Start hari ni 13 januari jam 4.30 petang sehingga 18 januari 2014 (sabtu) jam 11.59 malam.

Syarat-syaratnya sangat mudah!!


Hadiahnya adalah:

  • SHAWL  x 4 
  • TOPUP RM20 x 2.

Monday, January 13, 2014

Bila Dia Gemar Bermain Gadget - Afif

Sekarang sudah genap usia Afif, 1 tahun 6 bulan. Dia suka bermain dengan telefon, tab, laptop dan benda-benda yang sekutu dengannya.hehehe...


Bukan tak beli pun alat mainan untuknya, malah alat mainannya dah penuh pun sebakul. Dia hanya akan main mainan dia tu sekejap je, sebaliknya tetap nak main dengan benda-benda yang orang tak kasi ni. huhu...Anak-anak zaman sekarang....Jauh bezanya dengan zaman kita kanak-kanak dulu kan.huhu..

Orang kata tak berapa elok kalau anak-anak selalu bermaian alat maianan atau gadget-gadget yang berskrin ni. Banyak risiko negatif. Hmm..Untuk elakkan dia nangis Ida bagi jugak la dia main sekejap. Mana taknya asyik duk berebut telefon dengan dia je.hehe..





Selain dari meniru aksi orang bercakap dengan telefon, ini pula aksi-aksinya bermain dengan gadget. hehe...

Resepi Paprik Campur

Satu lagi menu yang berasal dari Thai ialah Paprik. Sebelum ni Ida pernah post resepi nasi goreng paprik kan. So, kali ni Ida nak share resepi paprik campur pula. Masakan paprik ni bertambah sedap jika dimasukkan udang dan sotong. Kuahnya yang agak pekat serta pedas sedikit menjadikan masakan paprik ni digemari. Ianya sedap dimakan dengan dengan nasi goreng mahupun dengan nasi putih biasa. 

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

Sunday, January 12, 2014

Handphone Giveaway by Syuhada1981.com





Tamat pada 31/01/2014

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

Resepi Sup Ayam Siam/Thai

Menu dari Thai, memang sinonim dengan rasa yang pedas, dan masam. Selain tomyam, sup siam atau sup thai juga terkenal bagi penggemar-penggemar rasa pedas yang sekali gus memberi impak rasa yang sedap. 

Setiap kali makan kat restoran-restoran tomyam seafood, supnya agak lain dari yang Ida pernah masak sebelum ni. Tertanya-tanya macam mana resepi sup ni? Supnya yang agak putih  dan keruh sedikit. Ha....ini la sup siam/thai ayam atau daging.


Selalunya nak buat sup mesti kene ada rempah sup bunjut tu. Tapi sup siam ni, rempah-rempahnya tak perlu rempah sup bunjut yang dibeli kat kedai tu tapi guna satu persatu rempah asli dan serbuk-serbuk tertentu. Itu yang leceh sebenarnya...itu yang menyebabkan bahan-bahan yang diperlukan adalah banyak. 

Tapi, sup siam punya pasal...Ida cuba juga cari satu persatu rempah ratus yang diperlukan. hehehe....First time Ida masak sup ni, memang berbeza...fuhhh..sedap la.. So,  ini la resepinya sup ayam siam/thai.

Saturday, January 11, 2014

Resepi Nasi Goreng Seafood Special

Nasi goreng seafood ni adalah salah satu menu yang best jugak kalau dimasak kena dengan caranya. Sebelum ni, pernah makan kat kedai nasi goreng seafood ni...tapi kurang 'menyengat' la. Mana taknya, kurang lauk pauk seafood tu. So, kali ni nak try masak sendiri, baru puas hati. Betul tak? 


Tapi macam mana nak menghasilkan nasi goreng seafood yang sedap ek? Tengah-tengah duk study satu persatu resepi nasi goreng seafood ni, baru Ida tahu nasi goreng seafood kena masukkan sambal belacan ek. Ooo..baru tahu ni..hehehe....

Sesiapa yang nak cuba masak nasi goreng seafood ni boleh la tengok resepi ni ek. Resepi ni hasil dari gabungan resepi-resepi lain yang telah diubah suai mengikut cita rasa sendiri..;)

Friday, January 10, 2014

Segmen : Jom Blogwalking


Tamat : 10 januari 2014 

*Pemilihan pemenang 
RM50 x 1 top referral
RM50 x 2 cabutan bertuah

Thursday, January 9, 2014

Peringkat Awal Anak Memberus Gigi

Anak Ida, Afif sekarang dah berusia 1 1/2 tahun. Gigi susunya sudah mula memenuhi gusi hadapan bahagian atas dan bawah. Sebelum ni terfikir macam mana nak galakkan anak kita menggosok gigi. Tambahan pula anak kecil yang tak tahu apa-apa lagi ni.


So, hasil pembacaan dari sumber blog Dr. Leen kita hendaklah memupuk tabiat suka menggosok gigi di kalangan anak kita sejak dari peringkat awal lagi (ketika bayi). Amalan yang harus dilakukan ialah cuba lapkan gusi, lidah dan lelangit bayi selepas menyusu. Amalan ini adalah bertujuan untuk:
  • Membersihkan gusi, lidah dan langit-langit bayi dari plak yang terbentuk
  • Membiasakan bayi merasa ada jari atau sesuatu di dalam mulutnya supaya mudah terbiasa apabila kita menggosokkan giginya kelak.
Nasihat dan tips dari blog Dr. Leen banyak menjawab persoalan-persoalan yang bermaian difikiran ni. Antaranya adalah seperti di bawah ni. 

Resepi Potato Wedges Dan Cheesy Wedges

Terliur pulak tengok cheesy wedges yang meleleh tu. Selalu makan kat KFC dan McD. Tp, tak pernah pulak buat sendiri. So, kali ni...semangat pulak nak buat sendiri setelah penat mencari resepi.hehe...

Untuk resepi potato wedges atau kentang wedges ni Ida dah ubah suai sendiri dari resepi yang asal menggunakan bahan-bahan yang ada ni. 

Manakala, untuk resepi cheesy wedges Ida tertarik resepi dari blog nabeelstories. Kagum bila orang lelaki pandai memasak ni kan..:)

Okey..jom kita tengok satu persatu resepinya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...